Wednesday, February 15, 2012

Monday, November 21, 2011

how's work?

stressful.

itu je jawapan aku.dari mula kerja sampai lah sekarang.
stress sebab banyak benda kena belajar,adapting with people and the environment.
and even more stressful : takde kawan yg aku kenal kat sini.jadi social life is almost zero.
tambahan pulak roster aku tak menentu.standard lah kan,dah nama pun kerja syif,time orang lain cuti aku kerja,time orang lain kerja aku cuti pulak.jadi nak tak nak terpaksa la duduk terperap je dalam bilik setiap kali cuti.unless la kalau lepas kontrak 3 hari kerja malam,memang akan terus dash off to Ipoh.yes.

semalam abang boy buat kenduri doa selamat.and masa tgh lepak-lepak makan pak long tanya "how's work?" and aku bagi jawapan cliche aku."stressful".
"stress sebab busy ke?bila ajak datang rumah kau asyik cakap kerja je"
"oh aah.ICU tak cukup staf.so selalu kena overtime".and i start rambling this and that.
"did they pay you for the overtime?".i said yes.but that's not the point.banyak duit tapi badan letih tak guna jugak.social life pun zero
pak long senyum,and said to me " takpe yang,bersyukur.ada orang yang kerja lagi penat,tapi gajinya tak sampai pun nilai claim overtime kamu tu.lagi sedih kan?"



aku terus senyap.

Tuesday, November 15, 2011

this is random.

1. i have to read something while i'm eating.it could be anything - old newspaper,prints on the box,labels from the bottle -anything,as long as i read something.

2. everyday when i woke up from sleep in the morning,i'll be humming a song.and that song will stuck inside my head for the rest of the day.and weirdly enough,the song affects my day too.

3. i do my daily hygienic routine like brushing my teeth,washing my face,soaping and shampooing twice EACH time,without fail.yes,i have to repeat the same thing twice,or else i'll get palpitation and start sweating.i just don't know why.

4. i don't wear shoes when i'm driving the car.

5. i'm not into spicy food - they give me sore throat.and the burning sensation is killing me.okay,maybe tomyam is exceptional.hihi

6. when i'm stressed out, i like to nest.and mind you,i can get really obsessed.oh,and i wipe the floor using the cleaning cloth,not a mop.because i find the mop is scary. i always imagine there's a snake hiding inside of it,and that's why i wouldn't touch it.

7. i kill mosquitoes for self-satisfaction.if i saw one,i'll try my best to kill it.

8. every time i'm having a flu, it always ends up with me having a migraine.its driving me crazy!plus if it happens when i'm working.i feel like banging my head to the wall there and then.

9. if u shake my hand,you'll feel the roughness of my palm.it is sad,actually.my skin is allergic to the foamy hand wash in the ICU,but i don't have any other choices but to wash my hand with them.and washing the hand twice each time is making the skin even more irritated,which led to the dryness and the roughness.not a single lotion can cure this.haihhh

10. yes,i go to sleep early.and i don't have much of a night life.please don't mock me.

Tuesday, October 18, 2011

entri ini ditaip untuk awak.



happy 4th anniversary sayang!
*bersorak gembira*


kadang-kadang saya kagum dengan diri sendiri.how did i manage to get you?how??sebab awak sangat best!sumpah tak tipu.awak sangat memahami,cool,suka budak-budak.penyabar dengan kerenah saya yang moody,rajin bawak saya jalan-jalan dan mencuba something new.tolerate dengan idea dan kehendak saya.diterima oleh kawan-kawan saya.and yang paling penting,awak disukai dan disayangi *batuk* oleh family saya.you are very rare.extraordinary,tahu?and im so proud of us.maintaining a good long-distance relationship isn't that easy.but we've survived so far.alhamdulillah.

1460 hari.35 040jam.2 102 400 saat.and im looking forward to spend the rest of my life with you.only you.macam yang awak kata,semoga tahun depan kita celebrate 5th year anniversary kita dengan status baru,as husband and wife.insyaAllah.ada jodoh tak kemana,ye tak?

i love you mohd.ikhlas,
always have,always will :)

Friday, October 7, 2011

Tuesday, October 4, 2011

esok konvo.

sejak semalam mata aku bengkak,merah,berair dan gatal.
silau tak payah cakap la.sampai berdenyut-denyut kepala ni.
tak tahan ok!dalam bilik yang redup ni pun kena pakai sunglass.
jadi nak tak nak terpaksa pegi ke emergency department.
mujur ada klinik khas untuk staf,kalau tak berjanggut la tunggu.
doktor pun check (sentuh x sampai seminit),cepat2 basuh tangan,bg slip ubat and mc 2 hari.
pastu halau aku balik bilik diam2.it is confirmed as a bilateral conjunctivitis.


"go home.you're highly contagious"

perfect timing kan?like hell.

how am i suppose to attend my own convocation?how????

Thursday, July 28, 2011

it runs in the family

seperti ramai manusia yang add aku di Facebook dah tau,aku dapat posting di Selangor.lapor diri 8hb ni di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.teruja?mungkin.sedikit.tapi selebihnya nervous.aku bukan lah seorang yang tenang bila terpaksa mendaftar,mengisi borang dan menyesuaikan diri di tempat baru.tambahan pulak classmates aku yang dapat di selangor just Wan & Hah je.yang lain semua melata di muka bumi malaysia.jadi,ianya tak membantu.

dari segi kewangan,aku tengah pening kira bajet.i mean,obviously after this i'll be paying installments for AGU.jadi terpaksa kira secara serius.lepas tu in case lah tak dapat tinggal kat asrama,i have to do house-haunting.harga sewa apartment yang selesa untuk didiami bukanlah rendah seperti di bukit beruntung.aku pulak memang tak selesa berkongsi dgn stranger,which means i have to pay the rent all by myself.amboi,kejinya.macam lah gaji berpuluh ribu.untuk 2-3 bulan pertama juga takde gaji,gaji hidup bergantung ihsan adik beradik sangatlah mendukacitakan.tambahan pulak raya dah dekat (dan aku 90% yakin aku takkan dpt bercuti raya ni),its a double whammy.

tapi takpelah.first thing first.setakat ni urusan lapor diri dah 95% selesai.tinggal nak kutip result urine drug dan fitting uniform.esok kena bukak akaun KWSP.ahah.terasa sungguh dewasa.dan juga sekarang waktu yang crucial dimana aku bergantung harap kepada kedua-dua nephews aku untuk mencari fail yang ada sijil-sijil aku,daripada aku lahir sampai lah tahun lepas.kalau semua tu ada,hidup aku lengkap.dan lega.


oh ya,tadi masa berbuka puasa [yes,puasa ganti-ada lagi 2 hari (-.-")] aku sembang-sembang dengan kak ita & abg radi.entah macam mana terkeluar cerita pasal mental illness dan lepas tu melarat kepada OCD.aku cerita lah yang aku selalu kena ejek sebab suka ulang-ulang buat benda yang sama - gosok gigi and cuci muka twice each time,suka ulang2 buat benda sampai aku rasa puas hati walaupun benda tu sebenarnya dah okay,bila panik aku akan hyperventilate and rasa nak muntah and aku obses dgn garisan (mesti kena lurus) and tulisan (mesti saiz and bentuk yang sama).abg radi gelak besar and cakap "hah,habislah kamu" and suddenly kak ita cakap "hei!!kak ita pun sama.hikhik(gelak2 malu)".aku terus kagum.sebab selama setahun ni,aku tanya housemates,classmates or juniors,semua kata aku sorang je yang macam tu.aku dijadikan objek pelik.tapi hari ni,aku lega.haha nampaknya aku taklah sepelik mana.ada jugak geng.rupanya genetik obses itu mengalir dalam darah selama ni.hahaha

Tuesday, July 19, 2011

10 tahun


from this cute,innocent-looking little boy


until he became this not-so tall teenager




dari awal hingga ke penghujung.7 buku,8 filem.
aku khatam semuanya.puas hati?bukunya,sangat2.
filemnya?mungkin imaginasi aku lebih hebat.
melangkaui imaginasi sang pengarah,dan melangkaui bajet sang penerbit.haha

Wednesday, June 29, 2011

penghujung cerita.



ye,tamat sudah.selama tiga tahun,macam-macam boleh jadi.tak semuanya happy,tak semuanya tersenyum sentiasa.bergaduh bermasam muka perkara normal.tapi aku sangat-sangat hargai tempoh tiga tahun tu.banyak benda aku belajar,pelbagai ragam manusia aku jumpa.mindset kita lain-lain,i have to accept that.i'll be missing you guys for sure.











pictures credit to PaperbagPhotography

Friday, June 24, 2011

sexist.sexism

semalam,aku pergi basuh kereta.setelah dua minggu bergelumang debu,aku dah tak mampu berpura-pura menganggap warna AGU dirty grey,instead of silver.dan kerana semalam terasa seperti ada banyak masa untuk dihabiskan,aku pilih pusat cuci kereta yang manual.bukan apa,kalau harapkan mesin car wash yang auto tu menggilap AGU,aku rasa berdosa je kat kereta aku ni.yelah,setakat pam buih cair dan gosok ala kadar sebelum lalu tornado getah berpusing yang hanya 10% je kena pada badan kereta,aku rasa macam membazir je.sakit hati pun ada.jadi,pegi la car wash yang ada tenaga manusia sebagai pembersih.sampai2 je kat sana,diorang tengah melahap lunch.memang kacau daun.aku harap diorang ampunkan aku.haha.baru je park,tiba-tiba datang satu honda accord baru.brader tu kua dengan aksi berlagaknya and demand "cuci luar-dalam ye".sempat jugak aku jeling2 pandang brader tu.mana lah tau kot2 kacak.boleh jugak cuci mata sambil menunggu kereta siap dicuci.tapi bila terpandang je muka dia,oh,okay. hati aku terus bersyukur ada boyfriend seperti ikhlas.hah.hati pn mula buat spekulasi jahat- "ni mesti bukan kereta dia ni".huhu

warga-warga myanmar yang ada pun terus rancak buat kerja-kerja membasuh.bagus diorang ni.time dia squirt buih sabun,terdengar brader kurang kacak merungut.aku dah tergelak sorang2.mana taknya,kereta aku penuh buih,sampai tak nampak kaler sebenar kereta.memang concealed sepenuhnya.kereta mahal?setompok-setompok je disaluti buih.dah la tu,mamat2 myanmar tu tonyoh ala kadar je.AGU pulak kena sental macam operation table lepas op.agaknya kalau boleh diorang nak sterilized kan kereta aku tu.masa diorang lap2,aku dengar brader tu komen kat mamat2 tu "wei sini basah lagi,camane u lap?" kesian.AGU punya lah kering berkilau.huhu.time vacuum muka brader tu merah padam dah.sebab tak sampai 5 minit dah siap.sedangkan AGU habuk kat segala ceruk dia sedut.dah la tu,siap tolong isikan angin kat tayar2 kereta.heh.ini sudah bagus.oh ye,yang paling menggembirakan hati,bila aku tanya "berapa ringgit?" mamat tu jawab "rm8".sedangkan brader tu dia mintak rm 12.hahahaha.


see anita sarawak?seksis tu ada untungnya jugak kan?heeee..